Tuesday, August 22, 2006

~Tentang... My Angel~

Sebuah cerita ringkas menampilkan impian si kecil yang kehilangan kasih sayang dan keyakinan diri. Kerana itu dia mencari angel untuk melindunginya. Dia ingin rasa 'selamat dan disayangi' kerana dia gagal mencari 'angel' dalam dirinya sendiri.

My Angel bermula lama dahulu. Namun, 9 muka surat, terhenti berbulan-bulan. Sehinggalah saya merasa tercabar dengan kata-kata seorang kawan dan kegagalan menyiapkan manuskrip lain, saya bertekad untuk menebusnya melalui My Angel. Mungkin benar kata Hamka, cita-cita mampu menetas belukar membuat jalan (sebenarnya dah tak ingat... tapi alah-alah begitulah maksudnya)... maka saya berjaya menambah sehingga 70 muka surat dalam masa dua hari. Kemudian dalam masa beberapa hari, saya menambah lagi sehingga 105 muka surat. Pendek kan? Hehehe... Jadi, kepada yang pernah bertanya, inilah jawapannya, My Angel bukanlah hasil 2 hari....

Angel ataupun pelindung... bukan pakwe... saya berharap pembaca tidak salah faham. Saya ingin menonjolkan kisah budak perempuan yang mencari pelindung bukan pakwe. Adakah pembaca memahami apa yang ingin yang saya sampaikan? Apabila ada pembaca mengatakan itu buku cinta, saya kecewa. Maknanya saya gagal untuk menyampaikannya dalam erti kata sebenar.... Tetapi tak apa... pada ksempatan lain, pembaca akan tahu juga... kesudahan pencarian Adilah...


-Sedikit komen berkaitan komen Mr. Love

Sebagai orang biasa dan baru merangkak dalam bidang penulisan, saya tidak percaya yang kita perlu melalui setiap perkara sebelum menulisnya. Saya tidak fikir kita perlu jadi banduan untuk menyelami hati seorang banduan dalam erti kata sebenar. Saya tidak fikir kita perlu menjadi doktor untuk menulis tentang kerjaya doktor. Kita hanya perlukan kajian mendalam, bayangkan dalam ilusi dan cuba meletakkan diri sebagai watak yang sedang ditulis. Kerana itu saya percaya, penulis hadir dalam setiap watak yang ditulisnya. Saya adalah Adilah, saya adalah Hakim, saya adalah mama Adilah dan saya juga adalah Rita serta semua watak yang lain.

Kerana itu, saya rasa tidak adil Mr. Hero melabelkan penulis muda yang baru menapak tidak tahu apa-apa. Pembacaan dan kajian adalah pengalaman. Pengalaman tidak semestinya dalam bentuk nyata. Seorang penulis yang baik dapat menulis dengan baik dengan memaksimakan semua pengetahuan yang dia ada baik yang dipelajari secara formal mahupun tidak formal dan pengalaman yang diperoleh secara nyata mahupun tidak nyata. Menulis sebenarnya adalah sebahagian proses pembelajaran. Dari semasa ke semasa penulis belajar. Belajar tentang aspek yang perlu diketahui untuk diolah sebagai latar belakang watak, jalan cerita dan sebagainya.

Jadi, mungkin dalam timbunan sampah yang keluar ada kristal tersembunyi. Kisah itu mungkin remeh tetapi mungkin ada sesuatu yang berharga dalamnya. Sometimes, we just have to look deeper.

Rasanya, cukup buat setakat ini. Kepada yang membaca My Angel, terima kasih. Semoga masa anda tidak terbazir dengan membaca tulisan saya.


-Aizam Aiman-

6 Comments:

Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Dalam aqidah Islam, pelindung kita hanya satu: Allah.

2:24 AM  
Blogger kids.toys said...

saya baru membelinya untuk anak saya yang berumur 8 tahun. selama ini saya tidak tahupun mengenai novel kanak-kanak. bila dah membelinya anak saya nampaknya berminat untuk membaca novel tersebut dan dapat menghabiskannya dalam masa 4 hari. sekurang-kurangnya dapat melatih dia membaca kerana anak saya tu kurang lancar membaca. Tahniah untuk ptsone kerana dengan adanya novel seperti ini mampu memupuk semangat suka membaca.

8:51 PM  
Blogger munirah :) said...

Im Munirah. Saya baca dalam the making of my angel. Kenapa suruh tambah lagi? Baru sekarang aku tahu sebab... dalam satu hari boleh habis baca terus! By the way, its really fun to read the novel. Sometimes, I feel like im gonna cry! Its so sad! :)>-

11:56 PM  
Blogger Sya'ak Lee said...

syaak dh ade my angel n my hero. tp, susah la nak cari my secret... anyway good job!!!

6:43 AM  
Blogger Amira Atiya said...

vel my angle best........sy bru bce td......

3:34 AM  
Blogger Siti Nurain said...

Saya ada pinjam buku ni kat perpustakaan membakut minggu lepas...jadi masa petang tu saya baca lah kat bilik satu orang..ada part2 yang bikin saya ketawa...tapi...ada part di mana saya menangis...syiookk sangat ni cerita..cam menyesal lak kasi balik tu buku...sya harap2 sangat kat perpustakaan tu ada cerita my secret sama my hero... nak sangat tengok

6:16 PM  

Post a Comment

<< Home