Monday, July 17, 2006

Catatan dari meja Farihah Iskandar…


Salam perkenalan…

Saya ni seorang yang low profile, malu rasanya nak memperkenalkan diri. Agaknya cukuplah sekadar para pembaca sekalian mengenali buku-buku saya (at least buat masa sekarang).
Saya ni boleh lah dikatakan seorang ‘bidan terjun’ dalam dunia penulisan. Sebelum ‘Dear Yayah’ dan ‘Sepasang Mata Itu…’ karya saya hanyalah tugasan karangan kreatif dalam kelas bahasa Melayu dan menjawab soalan peperiksaan. Kalau pembaca mengharapkan karya sastera ataupun penggunaan bahasa yang indah daripada saya, minta maaf banyak-banyak. Bukan saya tidak sudi tetapi saya tidak pandai bermain dengan kata-kata. Penguasaan bahasa Melayu saya tidaklah sekuat mana, kutubkhanah perbendaharaan kata saya begitu ‘limited’. Oleh itu, tulisan saya menjadi sungguh ‘simple’ tetapi saya harap mesej yang saya hendak kongsi dengan pembaca sekalian kesampaian.

“Dear Yayah’ adalah kenangan saya semasa bersekolah dahulu. Saya beruntung kerana dikelilingi oleh kawan-kawan yang menerima saya seadanya. Saya ada ‘best friend’, bukan seorang tetapi ramai. Saya hanya tonjolkan Suria kerana menulis tentang seorang lebih senang daripada menulis tentang beberapa orang. Maklumlah, kan saya dah cakap tadi, saya ni ada masalah bahasa.

“Sepasang Mata Itu…” saya tulis sebagai satu dedikasi buat seorang insan istimewa dalam hidup saya. Zet benar-benar wujud. Apabila dia melihat dan membaca buku itu, muka dia jadi ‘poyo’ (satu perkataan saya baru belajar dari Ahmad Zafran, hahaha).
Buat pengetahuan semua, ‘Dear Yayah 2’ akan muncul tak berapa lama lagi. Kena ikut queue(menurut kata editor). Tunggu ya, jangan tak tunggu. Hari tu, semasa PBAKL, ada adik-adik pembaca datang bertanya, ‘Bagaimana kami nak melanggan Dear Yayah?’. Aduh dek. Ini buku, bukan majalah yang terbit dua kali sebulan. Walau bagaimanapun, selagi ada permintaan, saya akan cuba penuhi.

Akhir kata, terima kasih PTS One kerana memberi saya peluang, juga terima kasih para pembaca kerana memberi sokongan.SmileyCentral.com

19 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum, boleh jadi mentor saya?

3:30 AM  
Blogger yaya said...

saya suka bangat cerita dear yayah
utk pengetahuan saudari, sy dahpun baca dear yayah 2. best sgt2.
anyway sy ucapkan slmt majujaya
klu blh, truskn lagi ngan DEAR YAYAH 3...

5:51 PM  
Blogger fUzAhEeChUl~ said...

assalamualaikum...
dlm byk2 cite dlm ptsone..yg paling saya ske cite 'Sepasang Mata Itu' dan bukan setakat saya jer yg ske...kwn2 saya hampir kesemuanya minat cite 2....anyway saya pon ske tulis novel tp still dlm tahap bdk skewl menengah la...

9:41 PM  
Blogger burgergirl96 said...

Assalamualaikum..Saya adalah peminat setia penulis Farihah Iskandar.Dear Yayah cukup bagus untuk kiter contohi kerana perangai tidak seperti orng2x biasa.

8:58 AM  
Blogger Nurul said...

Salam,

saya ingin bertanya, adakah "Dear Yayah" di inspirasikan dari "Daddy Long Legs"?

Sekadar bertanya.

1:48 AM  
Blogger sufiyyah zulkifli said...

salam~ k.farihah..
zet tu odd kan?
"odd" tu betul2 wujud?
haha...
mesti handsome kan? kan? kan? ^-^

2:31 AM  
Blogger mirae said...

'DEAR YAYAH 3'ada sambungan tak???
klau ada...bila nak kluar...

1:31 AM  
Blogger nuramaninasyazwani said...

hai kak farihah. saya minat sangat sangat dengan setip buku tulisan kak farihah. saya pun suka menulis. sekarang saya dah ada buku sendiri. boleh tak kalau kak farihah jadi my mentor?anyway saya doakan agar buku tulisan kak farihah laris. bye.

1:53 AM  
Blogger zuraidamie said...

assalamualaikum Farihah

Kakak adalah ibu kepada 3 org anak perempuan yg mana mereka adalah peminat setia Farihah. Kesemua koleksi novel yg telah ditulis oleh Farihah tlh dibeli oleh anak kakak. Secara tak langsung kakak telah turut membaca novel2 tersebut. So kakak nak ucapkan tahniah dan selamat berkarya untuk novel2 yg seterusnya

6:01 AM  
Blogger iracutebangat said...

assalammualaikum kak farihah....
saya ska sangat baca buku dear yayah....saya baru beli yang no.1 N 3 sbb no.2 dah bca dah tu pun pinjam kat kawan start baca yg no.2 tu rasa...mcm x puas nak lagi sambungan nya!!..

1:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum...
saya suke sangat 'DEAR YAYAH'..
ada sambungan lagi ke tak lepas 'DEAR YAYAH 3'..??
arap2 ade la yerk..
pape pn slamat maju jaya..
saya nantikan 'DEAR YAYAH' d pasaran..

12:26 PM  
Blogger rdlalo said...

khas buat k.farihah..
(cewah!)kak nk tnye sikit bleh x??ble nk kluar dear yayah4..stiap ari sabtu saya tunggu buku akak kat counter MPH tu..dh naik muak abg yg jaga counter tu tgk muke saya..balik2"abg buku dear yayah4 ade x??"pastu rutin harian saye ble mlm adalah bce buku dear yayah1-3..buku tu pon dh menyampah tgk mke saya..saye dh katam hampir 20 kli dh ktiga-tiga buku bersiri tu..PLEASE LAA KAK BUAT BUKU DEAR YAYAH4 TU!!

5:17 AM  
Blogger ~dInI sEnGaL~ said...

kak farihah, sye nak tanye... dear yayah 3 x dek sambungan ke??cite tu best d0wh..memang best sangat2..saye harap sangat buku DEAR YAYAH 4 akan keluar..tolonglah kak buat sambungan bagi dear yayah 3...PLEZZ!!!

12:24 AM  
Blogger fatin178 said...

This comment has been removed by the author.

4:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by the author.

8:16 PM  
Blogger j.IzNi said...

assalamualaikum...iz cka cite dear yayah coz cite tu bez gle...iz da koleksi dia dr no1 smpai la no 4...=]

10:10 PM  
Blogger Noor Alia said...

Assalammualaikum...

Boleh adek tanye sesuatu??

Bolehkah Kak Farihah menyambung cerita Dear Yayah buat kali ke-5 untuk di jadikan 'THE END'??

Adek dengan besar hati menyokong Kak Farihah menyambung cerita itu.

e-mail-nooraliamohdshariff@yahoo.com

7:43 PM  
Blogger Noor Alia said...

This comment has been removed by the author.

7:51 PM  
Blogger CtAminahAzahan said...

assalamualaikum...
kak farihah saya suka membaca buku yang dikarang oleh kak farihah yang paling saya suka membacanya dear yayah...kak farihah bila dear yayah 5 akan diterbitkan? saya dah tak sabar menantikan dear yayah 5...

9:06 PM  

Post a Comment

<< Home