Thursday, July 13, 2006

Kartun Vs Teknologi


“Susah, budak-budak sekarang lebih suka habiskan duit mereka bagi membeli telefon bimbit, kad prabayar, DVD… mereka tak main lagi dengan komik dan kartun.” Satu hujah munasabah mengapa jualan komik dan kartun tempatan tidak selancar dahulu.
Itu yang saya dengar dan percaya selama empat tahun sebelum ini. Benar, budak-budak sekarang dalam dilema mahu menghabiskan duit mereka di mana. Sejauh manakah kebenaran hujah di atas?
Suatu ketika dahulu aliran multimedia, animasi, game, lukisan… tidak popular seperti hari ini. Malah ada antaranya satu bidang baru. Dalam kes ini, saya gelar semua ini sebagai aliran baru.
Sekiranya dahulu komik dan kartun dibaca sekadar hiburan dan dibaca untuk kita-kita sahaja, hari ini benda-benda ini diburu bagi dijadikan rujukan untuk golongan yang mengambil aliran baru ini. Ditambah pula dengan godaan hiburan barat yang semakin meluas, wujudnya golongan yang begitu ketagih mencari apa jua bentuk hiburan (termasuk komik) bagi mengisi minat mereka. Tidak hairan, mengapa komik dari luar masih berlambak berada di pasaran tempatan. Pada masa yang sama, komik dan kartun tempatan masih berjuang keras bagi melawan komik dari luar ini.
Jadi, isu godaan teknologi terkini sudah membataskan pasaran komik dan kartun tempatan adalah imaginasi dan alasan sahaja! Ianya tidak benar.
Jepun, sebuah negara maju. Tetapi dianggap sebagai syurga komik dunia. Malah, pendapatan pelukis komik di sana mengatasi pendapatan tauke kilang buat telefon bimbit di sana. Lihat, komik dapat mengalahkan telefon bimbit.
Jadi, komik dan kartun masih mampu menggoda orang ramai. Asalkan kita mampu membina satu ‘jenama’ pada karya komik dan kartun kita.


- Alif Firdaus Azis (Pencinta kartun dan komik sedunia) adalah penulis novel Untuk Syampoo, Bergaduh dan Menari, Rahsia Firdaus dan komik Orang Kuat.-

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Memang betul, Jepun ialah sebuah syurga untuk komik, anime, game dan sebagainya. Saya adalah seorang peminat komik dan anime sejak berusia 5 tahun lagi. Betapa larisnya komik di Jepun dapat dibuktikan melalui anugerah yang diterima oleh Rumiko Takahashi yang merupakan pembayar cukai ke-3 terbanyak di Jepun. Asalnya, beliau cuma orang biasa dan sederhana sahaja. Tetapi hasil karyanya telah menaikkan namanya di persada dunia. Sesiapa yang meminati komik tidak boleh menggelar dirinya pakar dalam dunia anime, manga dan game ataupun juga dikenali sebagai AMG jika tidak mengenali beliau.

11:40 PM  

Post a Comment

<< Home