Thursday, August 10, 2006

~Ini memang KISAH BENAR…bukan rekaan (AZAM FARID)~

Reaksi 1

”Betulkah ini kisah benar? Macam tidak percaya aje. Masakan kedukaan begini berlaku,” tingkah salah seorang kenalan saya apabila saya menghadiahkannya buku pertama saya nomik berjudul, Azam Farid.

"Awak tidak percaya?” soal saya kembali.

“Macam tak logik. Lepas kematian, demi kematian dan dia boleh membaca seluruh Al Quran di dalam masa sehari semasa hendak mengambil ujian kelayakan sebagai hafiz Al Quran.” Rakan saya masih tidak boleh menerima kisah yang saya tulis.

“Terpulanglah kepada awak. Ini memang kisah benar.” Saya tidak mahu bertengkar dengannya.

Reaksi 2

”Syabas. Satu cerita yang membangkitkan semangat untuk terus belajar. Ia memberi pengajaran supaya berani berkorban untuk mencapai kejayaan.” Begitulah komen seorang sahabat apabila dia dan anaknya selesai membaca buku pertama saya. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mesej sampai kepada pembaca.

Reaksi 3

SMS: "Saya menangis beberapa kali kerana kagum dengan ketabahan budak ini. Jikalau saya menghadapi situasi ini, saya tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya. Cerita inilah yang perlu dibaca generasi muda kerana membina jatidiri.”


Saya tersenyum apabila menerima sms ini.

Inilah beberapa maklumbalas yang saya terima mengenai karya pertama saya. Saya menghargai kesemua reaksi yang diterima kerana ia menyuntik semangat saya untuk terus berkarya. Pada mulanya saya sangat gusar tetapi dengan semangat yang diberikan Sifu PTS, Puan Ainon Mohd, saya terus yakin untuk memaparkan kisah ini. Saya semakin yakin untuk mengenengahkan kisah-kisah yang dapat membentuk jatidiri para remaja khususnya. Saya sayangkan remaja. Mereka adalah pelapis yang akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara kita dari terus dijajah.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga PTS yang telah banyak memberi saya peluang dan dorongan utntuk terus menulis. Insya-Allah, saya berdoa agar Tuhan memberi saya kudrat untuk terus menulis dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat sebelum kedua mata saya tertutup buat selama-lamanya.

Saya juga bersyukur kerana empat buku saya sudah berada di pasaran. Menulis bersama suami, kami merancang untuk terus menghasilkan novel-novel bermutu.Cita-cita untuk terus menyampaikan ilmu, sudah tercapai sedikit demi sedikit. Semoga lebih ramai penulis akan lahir hasil didikan PTS...Hidup PTS...

Cetusan rasa: Ida Rizyani Tahir

3 Comments:

Blogger Unknown said...

Novel Azam Farid? Oh, say teringin sangat nak membacanya. Tapi kedai- kedai buku berdekatan rumah saya tidak menjualnya. Bukan Azam Farid sahaja, tetapi tiada satu pun novel terbitan pts one dijual di sini. Saya terpaksa pergi ke kedai buku yang jauh untuk membeli novel. Saya sangat kecewa... Harap-haraplah mereka akan menjualnya di sini satu hari nanti.

11:51 PM  
Blogger khaIRul_UmmAh said...

baru sy tahu itu adalah kisah benar...cerita tersebut membuatkn sy lebih semangat utk menghadapi liku2 hidup ini..semoga PTS terus maju...syabas diucapkan..

11:01 PM  
Blogger farihah93 said...

cerita yang menarik. terus kan usaha

12:09 AM  

Post a Comment

<< Home