Tuesday, June 27, 2006

~Ucapan dari Meja Manager~



Salam..

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian para penulis PTS One dan Fortuna yang sudi hadir di majlis sembang-sembang sambil makan-makan bersama penulis PTS One/Fortuna dan warga PTS One/Fortuna pada hari Ahad lepas.

Saya amat bersyukur pagi tu tak hujan, jadi semuanya berjalan dengan lancar sekali. Pertemuan ini diadakan bagi meraikan para penulis yang selama ini banyak membantu PTS One menempah tempat di persada penerbitan buku kanak-kanak dan remaja juga bagi menghargai warga kerja PTS One yang selama ini bertungkus-lumus memastikan buku-buku diterbitkan setiap bulan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Mr GM kita, En Arief Hakim yang sudi juga turun padang walaupun haritu dia tak sihat, En Zaharin (Sales Manager) dan En Zain yang datang membantu walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti mereka juga untuk En Faris yang sama-sama membantu melancarkan program dan juga buat En Ramji (wakil MPH) kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan cepumas.

Akhir kata, diharap kita semua dapat meneruskan perjuangan membanyakkan dan mempelbagaikan lagi buku-buku bahasa Melayu, bak kata En Arief, 'books and more books!' di masa akan datang.

Untuk staff saya: Ann, Lia, Fiza, Alif dan Shikin - Way to go, guys! I'm very blessed and proud to have the opportunity working with such a dedicated team. Thank you from the bottom of my heart :-)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home