Wednesday, June 28, 2006

Poem Untuk Lia

Minggu depan saya bakal kehilangan seorang editor yang pada pandangan saya sangat berkebolehan. Seperti yang saya sudah beritahu dia, she has the gift which I don't possess. Nak buat macam mana, ini adalah pilihannya. Sayang sungguh... I came across this poem, jadi saya dedicate this one khas buat Cik Lia.

Wishes

*© By Melissa A. Mullally`*

Wishes are meant for you to ponder, they pass along to someone in need, or can be kept all to ourselves. Wishes are sincere in belief that all our hopes and dreams are within reach.

My wishes for you are my own'..They are an everlasting trust that miracles happen and dreams really do come true. Understood is the value of a nurturing heart, the innocence of a child's eyes and the wisdom of an aging hand.

I wish that the morning sky will forever intrigue you and the stardust of the night will captivate you. I wish that you will always see the man in the moon and entrust him with your deepest secrets.

I wish for you a creative spirit that dusts your imagination with youthful dreams and opens you to wonderful surprises just waiting to happen.

I wish for you to yearn for nothing and find contentment from within. That you will always know what to say to a friend, that your compassion will heal, and many more names will be etched in your heart.
-Manager-

Tuesday, June 27, 2006

~Ucapan dari Meja Manager~



Salam..

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian para penulis PTS One dan Fortuna yang sudi hadir di majlis sembang-sembang sambil makan-makan bersama penulis PTS One/Fortuna dan warga PTS One/Fortuna pada hari Ahad lepas.

Saya amat bersyukur pagi tu tak hujan, jadi semuanya berjalan dengan lancar sekali. Pertemuan ini diadakan bagi meraikan para penulis yang selama ini banyak membantu PTS One menempah tempat di persada penerbitan buku kanak-kanak dan remaja juga bagi menghargai warga kerja PTS One yang selama ini bertungkus-lumus memastikan buku-buku diterbitkan setiap bulan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Mr GM kita, En Arief Hakim yang sudi juga turun padang walaupun haritu dia tak sihat, En Zaharin (Sales Manager) dan En Zain yang datang membantu walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti mereka juga untuk En Faris yang sama-sama membantu melancarkan program dan juga buat En Ramji (wakil MPH) kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan cepumas.

Akhir kata, diharap kita semua dapat meneruskan perjuangan membanyakkan dan mempelbagaikan lagi buku-buku bahasa Melayu, bak kata En Arief, 'books and more books!' di masa akan datang.

Untuk staff saya: Ann, Lia, Fiza, Alif dan Shikin - Way to go, guys! I'm very blessed and proud to have the opportunity working with such a dedicated team. Thank you from the bottom of my heart :-)

Monday, June 26, 2006

Bulan Untuk Penulis-Penulis Buku Tempatan @ MPH


Sempena "Bulan Untuk Penulis-Penulis Buku Tempatan @ MPH : Ogos", pihak MPH akan mengadakan 2 acara tahunan bagi meraikan para penulis buku tempatan:

1. "Sembang-Sembang Bersama Penulis-penulis Buku Tempatan"
Tempat : MPH Mid Valley
Tarikh : 20 Ogos 2006 ( Ahad )


2. "Hi-Tea Bersama Penulis-penulis Buku Tempatan"
Tempat : MPH 1 Utama ( new wing )
Tarikh : 27 Ogos 2006 (Ahad )

Pihak MPH amat besar hati menjemput semua penulis untuk memeriahkan acara tersebut. Untuk itu senarai penulis yang akan hadir untuk acara tersebut dapat sediakan.

Tuesday, June 20, 2006

Greeting dari Bilik Manager

Assalamualaikum... selamat datang ke dunia pts one. Rajin-rajin lah singgah ya...
-manager-